Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

Night Market...



(sumber:  google)

  Haa... Assalamualaikum, y'all! 

Perkenalkan tempat yg paling disukai oleh aku.. Dalam bahasa omputih, dia dikenali sebagai night market, tapi dalam bahasa kita dikenali sebagai pasar malam. Pasar malam dekat serata Malaysia ni ada pada masa dan hari yang lain. Kalau dekat tempat aku, iaitu Pasar Malam Bandar Chukai yg terletak dekat Taman Bandar, pasar malam ni diadakan pada Isnin malam Selasa dan Khamis malam Jumaat sahaja. Pasar malam dekat mana2 pun, bukan jual makan je, tapi hampir macam2 ada. Kain baju, selipar, barang dapur dan pelbagailah. (siapa yg pernah pergi pasar malam, mesti tahulah)

Ok, cukuplah tu untuk introduction. Aku ni memang seorang manusia yang pantang jumpa pasar malam. Tak kisahlah pasar malam tu kat mana, tak kisahlah pasr malam tu besar ke, kecik ke, memang aku nak singgah. Bukannya apa, bagi aku pasar malam ni macam syurga makanan gitu. Jalan-jalan, kiri kanan semuanya makan.. Siapa tak teruja. Bagi orang2 yg kuat makan ataupun pecinta makanan macam aku ni, memang terujalah kalau tengok makanan,kan? Satu benda yang aku wajib beli tiba dipasar malam ---> ICE BLENDED.  
 (sumber: google)

Yes, aku memang penggemar minuman sejuk tersebut. Kadang2, tujuan aku ke pasar malam sebab nak cari benda alah tu je. Pergi sana, kalau tak terasa nak makan, aku akan beli ice blend secawan dan terus balik. Kalau dekat Chukai ni, pasar malam dia panjang sangat. Dan gerai ice blended yang sedap dan selalu aku beli terletak dekat hujung pasar malam. Jadi, setiap kali ke pasar malam, aku memang akan hilang kesana. Lepas dah beli, barulah aku timbul balik.

Selain daripada tu, bukan aku je yang suka pergi pasar malam ni. Adik2 aku yang lain pun suka jugak. Budak2 ni kalau pergi sana mmg nak cari ayam goreng. Memang satu menu wajiblah ayam goreng tu kalau berkunjung ke pasar malam. Aku tak berapa suka sangat, sebab macam mahal jugaklah harga seketul ayam goreng yang macam boleh goreng sendiri dekat rumah tu. Itu makan feberet adik2 aku. Kalau aku pulak, makanan yang aku biasa beli, Apam Balik. Dulu, semua apam balik sedap2. Sekarang ni susah betul nak cari apam balik yang sedap. Apam balik ni ada banyak jenis. Yang aku tahu tiga jelah. Ada satu ni ala-ala Baby Bun. Dia kecik jer dan intinya samalah macam apam balik biasa. Yang kedua, yang jenis nipis dan ranggup tu. Yang tu aku suka, suka sangat2. Bila makan time panas2, fuh, sedapnya memang tak hengatlah. Yang ketiga yang jenis besar dan tebal tu. Jenis nilah yang susah nak cari yang sedap. Biasanya, rasa tepung je lebih, intinya ciput jer... Biasalah, peniaga sekarang. Pikir nak untung jer..

Sayangnya, aku jarang dapat pergi pasar malam ni. Sebab:
  • rumah aku dengan pasar malam dekat bandar jauh. Selalunya, aku pergi pasar malam kampung masa malam isnin. Pasar malam kat situ kecik jer.
  • my parents tak berapa suka sangat pergi pasar malam. Yalah, dah ada makanan dekat rumah, nak pergi pasar malam nak beli apa lagikan? 
  • tak ada duit yang cukup untuk joli puas2 dekat pasar malam. :'(
  • boring jugak nak pergi pasar malam bila tak ada member2.
  •  dan lain-lain....
Selain daripada dikenali sbg syurga makanan oleh aku, apa yang buat aku suka dengan pasar malam ialah, aku dapat menikmati suasana malam. Memang bestlah bershopping bila berbumbungkan bintang-bintang. Sejuk lagi. Tak macam pasar raya yang sesak dengan aircond dan tertutup. Boleh lemas tau. Walaupun dekat pasar malam tu bising, bingit dan sesak, sekurang2nya dapat jugak hirup udara segar dari suasana malam. Pasar malam ni juga menjadi satu tarikan bagi pelancong2 yg datang dari luar. Peniaga2 pasar malam ni bukannya melayu je, tapi semua ada. Barulah satu Malaysia. 

Pernah jumpa tak pasar malam yang lenggang dan sunyi sepi tanpa pengunjung. Tak pernah terjadi lagi rasanya. Pasar malam ni dikunjugi oleh segenap lapisan masyarakat. Yang tua, yang muda, yang kaya, yang tak kaya, semuanya mesti pernah pergi pasar malam. Lainlah kalau ada orang pikir pergi pasar malam ni menjatuhkan standard. Suasana membeli dekat pasar malam lagi happening dan bebas! Nak buat sampah merata2 pun tak ada masalah. ( tapi jgn buat. Mcm org tak ada sivik je).

Kaya atau miskin, tak salah nak pergi pasar malam. Dekat pasar malam, para peniaganya tak pandang pelanggan yang berduit je macam peniaga2 dekat shopping kompleks tu. :)