Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

12.12.12


Assalamualaikum! Holla!

Hari ni dekat FB org ramai sibuk bercakap pasal esok. 12 haribulan 12 dua ribu 12. Tarikh lawalah kononya. Nasib baik esok rabu, jadi tak ramailah kot org yang buat kenduri kahwin. Aku peliklah, tarikh je kot, buat apa nk kepoh sangat. Terutamanya bagi org yang nak kahwin, mesti nak pilih 11.11.11, 10.10.10 dan 12.12.12 dan lain2 la... Bukan setakat nak kahwin jer, zaman sekarang ni, nak beranak pun nak pilih tarikh jugak. Perlu ke? I mean, helllooo... nak apa dengan tarikh tu? Nombor bertuah? Atau nak senang ingat? Sampai bila nak dikenang sangat tarikh2 tu?  Lantaklah, lain orang lain stail, lain orang lainlah cara pikirnya, ye tak?

Sementara orang ramai sibuk sangat dengan esok, aku pulak teruja nak tunggu lusa. 13.12.12. Sebab apa?? Hey, Harimau Malaya akan berlawan dgn Gajah Putih. Sebagai peminat fanatik Harimau Malaya, dah semestinya, dan wajib! Aku kena tengok game tu. Mintak2 team kita menang dah boleh masuk final. Bukan setakat final je, mintak2 jadik juaralah jugak.. *amin*

Hai, bercakap pasal esok ni jugaklah buat aku remind something. Esok my dad cuti, so dia berhasrat nak balik kampung. Menarik jugak sebab aku pun tak lama gila babeng terperap dalam rumah tak keluar2. Serius, memang tak best ler.. Tapi, bercakap pasal nak balik kampung ni buat aku macam tak ada mood pulak. Rasa macam malas walaupun mmg aku nak keluar dari istana batu ni. 

Ah! I got it. Aku malas nak balik kampung sebab aku malas nak duduk dalam suasana yg ramai orang. Yes! Itulah jawapannya. I need time to be alone. Tapi aku tahu, impian aku tu takkan jadi kenyataan. Sob...sob.. kesian aku... Talking about alone, aku terpikir pulak pasal sekolah. Hari berganti hari, cuti pun makin sikitlah. Dan hari persekolahan nak dibuka makin hampir. Tapi aku masih tergantung dan tertanya2 dimanakah aku tahun depan? Di SIS lagikah? Atau disekolah lainkah? Iyakah??

 Bila ada orang stat tanya aku pasal ni, jawapan aku. " Tengok resultlah."
Sekarang ni memang aku tak sabar nak tunggu result dikeluarkan. Bukan nak berlagak, aku cuma nak tahu apakah keputusan PMR aku supaya aku boleh buat keputusan dekat mana aku nak seklolah tahun depan. Kalau cemerlang, memang aku akan disuruh masuk MRSM, atau sekolah sains. Kalau tak, mungkin aku akan kekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail atau di sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Bukit Kuang. Everything make me buntu! Jadi, tunggu jelah bila dan ketikanya keputusan akan dikeluarkan bagi menjawab semua tanda tanya ini.

Bercakap pulak pasal result, tarikhnya pun masih belum pasti. Ada yang cakap 19,20, 26, dan lain2. Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu. Bagi aku, lagi cepat lagi bagus. Tak lama lagi nak naik new year dan tak lama lagi jugak birthday aku. Urm, I'm gonna be sixteen. Dah dewasa ke tu? Hahaha, macam tak percaya yang aku bakal habiskan zaman persekolahan aku. Dua tahun dari sekarang, aku 18 dan mungkin aku bukan bergelar pelajar sekolah lagi.Hmm... tak ada yg kekal dalam dunia ni?

Betul semua??? :) 
Sekian, selamat malam!