Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

GEMURUH SUARA!!!


Assalamualaikum penyokong2 Harimau Malaya!

Sempena piala AFF Suzuki, semuanya aku letakkan gambar ni. Kat FB, kat Blog, kat lappy punya background, twitter..... je belum lagi. Nanti2lah. Bukannya apa, aku nak tunjukkan tanda sokongan aku dekat pasukan kebangsaan ni. Nak2 pulak, Team Malaysia dah sampai separuh akhir. Tadi, baru je lawan Thailan dekat Bukit Jalil. Dah tertulis rezeki yg pasukan kita seri 1-1 dgn pasukan lawan. Tak apalah, ini baru separuh akhir pertama. Nanti lawan dekat Thailand, insyaAllah kita menang. *amin*

Aku baru je balik dari bandar dengan mood yang tak berapa baik. Outing aku dengan mmber aku tu ok, cuma.... Guess what happen when I'm came back home. Yes, bukannya kena marah, tapi kena tegurlah. Sebab sepupu aku yg dari Johor tu dah balik dan Grandma aku yg baru sminggu duduk kat rumah pun ikut balik. So, aku kena tegurlah sebab masa dia org balik aku and my brother tak ada kat rumah. Tak sempat nak salam2. Ergh, dilema jugak. Sebab aku pun rasa serba salah. Tapi nak buat macam mana, aku dah ada janji dengan orang. Takkan nak mungkir pulak. Aku tak ada pilihan lain dan aku tak sangka pulak yg my grandma akan ikut balik Johor. Ingatkan dia nak stay kat sini lagi. Tak apalah, harap2 dia tak terasa hati.

Ok, balik rumah, aku agak penat dan tak bersemangatlah jugak. Tapi, bila bola stat aku terus segar balik. Haha, minat betul kat bola kan. Opss, chop! Aku tak minat bola aku cuma sokong pasukan aku. Apatah lagi  bila terpandangkan pmain berjersi 17 (Azamudin Akil) dan 27 (Fadhli Shas) lagilah aku bersemangat. Walaupun aku peminat MUSLIM AHMAD, tapi dia tak ada dalam team untuk tahun ni. Alah, kalau pemain2 tak good looking pun, aku akan tetap sokong Harimau Malayalah! 

Yang paling aku suka time tengok bola, aku mesti nak bukak FB. Suka bila tengok ramai2 penyokong2 yg update status pasal bola. Ramai yg sokong dn ada jgak yg mngutuk. Aku mmg tak suka dengan org yg main kutuk2 player kebangsaan ni. Helllo, sekurang2nya dia org boleh wakil negara. Kau ada??? Bercakap bukan main lagi. Skong sangatlah kelab bola luar tu. Huh!

Tapi, aku ttap bersyukur dan sedar yg pasukan kita ttap ada pnyokong. Buktinya, stadium hampir penuh jugak tadi. Ah, seronoknya bila dapat sokong dekat stadium! *anganan baru* Biarlah, sokong dekat TV pun dah berbaloi, yg pnting smangat kecintaan team kebangsaan tu mesti ada! 

Tunggu perlawanan kedua dekat Thailand nanti. HITAM KUNING HITAM KUNING, HARIMAU MALAYA!!!

I LOVE MY TEAM. 
dari anak Malaysia,
   nadhiey.     
http://matcuoi.com