Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

19.12.12--->CUAK!

Assalamualaikum. Holla!
Nervous3x!!!

http://matcuoi.com


Aku dan manusia2 yg dilahirkan pada tahun 1997 sekarang sedang menunggu hari di mana, keputusan Peperiksaan Menengah Rendah a.k.a PMR akan keluar pada hari Rabu nih. Aku memang seorang penipu kalau aku cakap aku langsung tak berdebar.  Sekarang ni perasaan dah bercampur baur.. Gelisah, risau, teruja, bimbang dan sebagainya..

Ari ni dah Ahad, bermakna ada dua hari je lagi. Oh, aku excited plus cuak... Dalam bulan doblas thun ni, ada dua tarikh yg aku tkkan lupa.. Iaitu, 13.12.12 dan 19.12.12. Yg pasal 13 haribulan tu opkos la pasal bola ari tu. Aku takkan lupa tarikh tersebut. Selagi aku tak hilang ingatan, selagi tulah aku takkan lupa. *saya peminat fanatik HM*

Mula2 aku tak kisah sangat pasal result ni. Tapi, lepas balik kampung sedare2 sume dah berbunyik pasal result. Dan macam biasa, bnyaklah tawaran yg diberi kalau dapat A. Itu yg buatkan aku bertambah cuak. Kalau boleh, aku tak nak siapa2 pun tahu result aku. Tak kisahlah, sama ada cemerlang atau tak cemerlang. Yang buat aku tak berapa nk selesa, bila orang tanya, 'agak2 dapat berapa?' Oh, aku memang tak tahu nak jawab macam mana. Takkan nak jawab no komen pulak kan...??

Tak sangka, result keluar secepat ni. Mula2, cikgu2 cakap 26..Memang lambat sangat. Tup2, 19 aribulan. Jauh giler dari tarikh yg mula2 .. Tapi bagus jugak, sebab aku memang tak sabar nak tnggu result keluar supaya, aku dapat fikir dan rancang, di manakah aku tahun depan. Bila tak tahu result, nak cakap pasal sekolah pun macam terumbang-ambing. Bila dah ada keputusan periksa, barulah senang nak buat perancangan. Kepada sesiapa yg baca, tolong doakan agar keputusan saya dan semua calon PMR di seluruh Malaysia, cemerlang dan sukses! Amin!

Dari jemari yg mulai sejuk, D.