Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

Istanbul Aku Datang!!!!!! -----> I'm in Love with Haris!! http://matcuoi.com

 I'm so excited to watch this movie! Finally, aku dapat tengok jugak!! Rasa macam nak menjerit plak sebab trlmpau excited. *rilek Dhiey, rilek*.  Best gila cerita ni dn memang tk rugi aku bersengkang mata pagi2 buta macam ni untk watch this movie. Berbaloi! Nak tahu tak cerita ni macam mana??

Ok2, cerita ni mengisahkan tentang Dian yang pergi ke Istanbul untuk berjumpa dengan BFnya Azad. Dia ke sana dengan hajat, Azad akan melamarnya dan akan mengahwininya. Sampai di Istanbul, Dian menumpang di rumah sewa Azad yang dikongsi dengan dua orang lagi rakan lelakinya. Selang beberapa hari Dian menetap di rumah Azad, Azad menyuruh Dian mencari rumah sewa dan berpindah dari rumahnyan dengan alasan, tak manis kalau orang tengok anak dara duduk dengan tiga orang lelaki. *betul jugakkan?*
Dian menurut sahaja arahan Azad tu dengan rasa terpaksa. Setelah penat lelah Dian mencari rumah sewa di Istanbul itu, dia berjumpa dgn seorang lelaki yang menawarkannya sebuah apartmen yang cantik, dan murah. Dian dengan senang hatinya membayar tiga bulan deposit untuk apartmen tersebut.
Satu hari, Dian berjumpa dengan housematenya, iaitu Haris. Rupa2nya, Dian ditipu oleh lelaki tadi. Ternyata, apartmennya sudahpun ada penyewa tetapi tidak diberitahu oleh si lelaki tadi. Pertemuan Dian dengan Haris memang tak mesralah, dia orang bengang sebab ada housemate yang berlainan jantina. Dia orang sibuk suruh antara satu sama lain untuk berpindah keluar, tetapi dua2 tak nak mengalah. Akhirnya, merek terus duduk serumah dan asyik bergaduh.
Kes Maggi Asam Laksa membibitkan hubungan yang lebih baik antara Dian dan Haris. Dalam pada itu, Dian terpaksa merahsiakan ttg housematenya daripada pengetahuan Azad. Nanti kalau Azad tahu dia duduk serumah dengan lelaki lain, apa pulak yang dipikirnya. Ok, berbalik pada Maggi Asam Laksa tadi. Dian tersalah anggap yg Haris ni gay sebab dia pernah nampak Haris dengan seorang lelaki. Disebabkan itu, Dian mula nak berkawan dengan Haris yg disangka2 nya lelaki lembut itu. Tapi, ada sahaja halangan yang menghalang mereka untuk menjadi lebih baik.
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Rahsia yang disimpan oleh Dian akhirnya terbongkar jua. Azad memang berfikiran yg Dian dn Haris ini ada 'sesuatu'. Yalah, dah duduk serumahkan. Lepas kes itu, Azad terlampau kecewa dengan Dian dan memutuskan hubungan mereka. Haris berasa serba salah atas kejadian yang menimpa Dian dan Dian juga terpaksa berpindah lantaran arahan daripada tuan apartmen tersebut.
Haris cuba bertemu dengan Azad untuk menerangkan duduknya perkara sebenar. Tetapi niat suci Haris itu terbantut apabila Azad terus menuduh mereka dgn tuduhan yg tidak berasas. Ditambah pula dengan pecahnya tembelang Azad yang curang. Dian berganda2 kecewa dn berniat untuk pulang ke Malaysia.
Sehari sebelum Dian bertolak ke Malaysia, Haris mmbawa Dian bersiar2 di Kota Istanbul dgn hajat untk menceriakan gadis tersebut. Balik sahaja dari bersiar2, Azad datang berjumpa Dian dan melamar Dian. Dian serba salah tetapi dia tetap menerima lamaran Azad.
Ok, bila Dian nak naik teksi, Haris tahan dan cakap. " Awak, jangan pergi!" Oh, so suwiiittt!!!
Dian serba salah. Tambahan pula dia sudah memberikan kata putus kepada Azad. Lepas tu, Haris cakap lagi, " Kalau awak rasa apa yang saya rasa, tolong jangan pergi."
Ah, sudah, Dian makin serba salah. Jadi, agak2nya, siapa yang Dian pilih???

CHARACTER.

*HERO*
BETO KUSYAIRY


Inilah orgnya. Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Zaquan NurKusyairy. (kalau tk salah laa) Dalam cerita ni aku suka everything pasal dia. Namanya, HARIS. That's my favourite name. Memang tk sangka sangat. Macam ada jodoh je aku dengan cerita ni. Okay, namanya aje dah feberet aku, kerjanya pulak sebagai seorang pelukis. OMG! Aku mmg suka lelaki yg pndai melukis. Wahhh, menepati citarasa betul Haris ni. Dahlah baik, sweet, kelakar (dalam cerita nilah), hensem+comel( sikit). Apapun, aku memang minat beliau ni dari dulu lagi. Lepas tengok cerita ni, makin berganda2 minat aku dekat dia walaupun sekarang dia adalah hubby orang. *hikhik*


*HEROIN*
LISA SURIHANI

Ehem, Kan tadi aku ada cakap yg aku ni mcm ada jodoh dengan cerita ni. Mula2, nama heronya adalah nama feberet aku, daaaannnnnnnn, nama heroinnya pun nama feberet aku jugak! DIAN! Satu lagi kejutan. Banyak kisah aku dengan nama Dian ni. Tapi, ianya dah jadi sejarah. Malas nak diungkit. *Back to the topic* Dalam banyak2 nama, nama Dian jugak yang dipilihnya.  Nama yang comel sama macam perwatakkan Lisa dalam cerita ni. Oklah digandingkan dengan Beto. Untungnya dia orang dapat pergi Istanbul. Tempat dimana terletaknya Blue Mosque (kan?)

Bila tengok cerita ni, aku dah dapat dah endingnya macam mana. Tapi, bagi aku, cerita ni ada kelainan sikit. Aku terfikir, macam mana Dian boleh lepaskan Azad yg dicintai selama bertahun2 tu, untuk seseorang yg baru dikenali tak sampai sebulan?  Memang Azad curang, tapi Azad sungguh2 minta maaf dan nampak sangat ikhlas. Tap, perasaan Dian pada Haris tu lebih kuat, sedangkan dia baru je kenal Haris. Perkenalan yg singkat tapi mampu melahirkan cinta yg teguh.

Bagi aku, cinta itu tak mengenal masa. Cinta itu hanya mengenal satu benda iaitu HATI. Keikhlasan, kejujuran dan kesucian hati itu yg akan mengukir bentuk cinta itu samada membentuk cinta yang setia, kukuh atau goyah. Tidak kira ianya mengambil masa sehari, setahun atau berdekad-dekad. Kalau tidak masakan wujud kata-kata ini; Kita mampu jatuh cinta dalam masa satu saat. :)     Masa tidak memberi jaminan apa-apa. 



Lots of Love,http://matcuoi.com