Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

Pertama Kali..

Assalamualaikum! Heyya!

Hari ni dalam sejarah banyak sangat benda yg pertama kali aku buat. Firstly, aku ke pejabat untuk urus pasal semakan semula keputusan pekse aku tu. Then, masa nak isi borang tu, konformlah banyak benda yg aku tak tahukan? Jadi, pertama kali aku pergi jumpa cikgu Zainab dan bercakap dengan dia. Haha, walaupun aku memang pelajar sekolah tu, tapi aku tak pernah pun duduk satu meja dan bercakap dengan dia. Dia yang tolong aku untuk isi borang tu. Nak harapkan kerani? Hampeeh!!

Bercakap pasal kerani, memang aku geram sangat2! Sebab aku geram dengan manusia yang tak menjalankan kerja. Sepatutnya, kalau ada pelawat yg masuk dalam pejabat, dah semestinya itu kerja kerani untuk layan pelawat. Ini tidak, aku duk tercongok depan kaunter di boleh selamba gajah je duk wak kerja. Aku pun terpikir, aku ni ada rupa patung ke kat depan tu? Nasib baiklah ada cikgu Zainab, dia yg bawak aku pergi masuk bilik dia dan terangkan cara2 nak isi borang tu. Huh, kerani saje, tapi dok ahu bnde. Awok tu mkn gaji, wak ar kerje. Lepas tu kan, yg buat aku bengang tahap dewa kelapannya, masa aku duduk dekat depan kaunter untk dpatkan cop pengetua, sorang kerani pon x layan aku. Bukannya aku tak panggil, tapi bila aku panggil tu, aku rasa macam aku tengah bercakap dengan pintu! Then, daripada aku tercongok je, aku pun masuklah dekat dalam, mintak tolonglah salah sorang pekerja lelaki kat dalam tu untk dapatkan cop, nasiblah pekerja lelaki tu ok je. Masa aku tengah tunggu pekerja tu dapatkan cop, ad sorang mak cik ni, yg sedari tadi mcm tk nampak aku ttibe suh aku tnggu dekat kaunter sbb tk boleh dduk dalam kawasan pkerja. Masa tu, dalam hati aku laa, aku ckp, "Eh, nmpak pulak aku. Tadi buat2 tk nmpak!" Mmg siyes, bengang giler!!!!!!!!!  Ah! Sumpah, aku malas lagi nk berurusan dgn pejabat!

Ok, lepas pergi pejabat.. AKu pergi PPD untuk isi borang skolah Elit/Premier. Dan, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pejabat Pelajaran Daerah. Sekejap je la aku ada dekat situ sebab nak isi borang jer. Lepas pergi PPD, aku pergi pejabat pos dan ini jugak adalah kali pertama aku menjejakkan kaki kep pejabat pos Chukai walaupun aku dh duduk kat sini lebih sepuluh tahun. Hahaha. Dalam pejabat pos tu, pertama kali aku beli 'Wang Pos', pertama kali aku beli 'Setem' pertama kali aku pergi 'Pos Surat' . Haa.. Semuanya pertama kali.. 

Urusan pasal sekolah dah selesai. Tapikan, bila dah mohon barulah aku dapat buat keputusan yg aku mmg nk stay dekat SIS. Aku tak nak kemana-mana sekolah lain kecuali SIS. Siyes, aku sayang nak tnggalkan sekolah yg bagaikan neraka pada aku dulu tu. Betul cakap orang, jangan benci, nanti sayang. Nah, itulah yg terjadik pada aku. Mula2, bukan main sumpah seranah dekat sekolah tu, sekarang, bukan main sayang lagi nak tinggal. Hahaha. Huhuhu..
Aku berharap, asrama SMC dah penuh sepenuh2nya. Sama jugak dengan asrama Mak Lagam! Pasal apa nak jadik dekat SIS nnti, aku tak nak pikir banyak. Aku tak nak aku terpaksa tinggalkan kawan2 aku semata2 aku nak jauhkan diri dari H. Kalau betul aku dengan H akan perpisah, biarlah dia yg akan tinggalkan sekolah tu tahun depan. So, aku akan berpisah dengan dia tanpa perlu berpisah dengan kawan2 kesayangan aku. GudBye H!! :)

Keciwa campur Kusut.

Assalamualaikum! :(((


Tadi aku baru je telepon cikgu tnyer sal permohonan sekolah tu. Apa yg bad newsnya? --> Cikgu cakap, mmg da tak boleh mohon dah. Aku dah tak boleh mohon untuk ke mana-mana sekolah kecuali sekolah premier dan elit sahaja.  Oh... so sad keadaan aku sekarang. Yang buat aku makin serabut dan pening, aku hanya da dua plihan je. Sama ada nak stay dekat sekolah lama aku, ataupun masuk sekolah yang aku tak nak masuk. Kalai diikutkan, memanglah aku nak stay kat sekolah lama. Masalahnya, aku tak dibenarkan untuk kesana. Argh! Kalau boleh, aku nak lari daripada daerah Kemaman ini. Tapi kemana???

Kenapalah dia orang ttop awal sngat permohonan tu? Bagilah peluang jugak untuk mohon lepas ambek result. Barulah berkeyakinan sikit pelajar2 yg sama jenis dgn aku ni untuk masuk sekolah yg macam tu lepas tahu keadaan result. Kalau nk diikutkan keputusan trial, rasa macam tak layak je nak masuk sekolah tu. Walaupun aku tahu, ramai yg akan cakap tindakan aku tu tak betul ataupun cara aku pikir tu mcm bangang. Bagi aku, setiap orang ada pendapat masing2.

Ok, lagi satu. Member aku ada cakap, yg kita boleh check balik keputusan PMR tu dgn cara isi borang dekat sekolah. Bila dah dapat tahu, yg aku mmg tk dapat nak mohon mana2 sekolah, aku terus tawar hati nak pergi check result tu. Kalau ini SPM aku mmg laa akan check sbb nk masok U. Tapi setakat PMR ni aku rasa mmbazir duit je. Dah la nak check satu paper tu doploh hengget. I mean, berbaloi ke? Orang akan cakap, " Eh, giler mg xmboh cek? Mane thu kot2 straight A?" Kalau ada orang yg ckp macam ni kat aku, aku akan ckap balik. " Ok, kalau straight A? Aku nak buat apa? Korban lembu? Bukannya aku dapat masuk mana-mana sekolah mcm SBP or MRSM pun. Keadaan still sama. Kalau nk check result tu free, ok aku akan buat. Tapi masalahnya berbayar. Nak tunggu keputusan tu pulak sikit punya lama. Lagi satu, aku bukan tak nak, cuma tawar hati. So, kalau my mom ttap nk suruh aku cek, cek ajelah. Bukan guna duit aku.

Next, my mom dgn my sis, sibuk brcakap pasal result aku dan pasal sekolah aku tahun depan. Nampa gayanya, dia org mmg nak aku pndah sekolah dan masuk sekolah yg lagi hebat laa kononya. Nak sesuai dgn taraf result laa.. Jadi, aku malas nak ambil tahu. Kalau dia orang brsungguh jugak nak aku pndah sekolah, aku tak kan usaha apa2. Sebab aku tahu yg permohonan semua dh ttop. Takkan aku nak pergi melutut merayu pulak kat pengetua sekolah tu atau merayu dekat KPN? Pendek kata, Aku Pasrah! titik! Bagi aku sekarang, apa nak jadik jadiklah!!

Lega aku dapat luah semua sekali! Apa2 pun, masalah ni belum selesai lagi. Haish, nak sekolah pun susah! 

Lantaklah! Salam, Dhiey!

Alhamdulillah!! ^-^

Assalamualaikum! Heeyya!!

Selesai sudah urusan untk hari ni. Erm, kenapa aku letak nombor tujuh kat atas tu?? Alhamdulillah, aku berjaya dapat 7A1B dalam PMR. Walaupun keciwa sikit sbb tk dapat straight, tpi aku brsyukur. Inilah hasil dri apa yg aku usahakan.  Mcm tk percaya pulak yg aku boleh sngkot kt subjek PAI. Bukan aku sorg je, ad lgi mmber2 yg dpat B jgak untk subjek tu. Mngkin sbb sbjek tu aras tinggi laa... Apa2 pun, aku bersyukur sngat2...

Ok, stop pasal result. Dgn kputusan tu, aku diminta untk tukar sekolah. Dan sekarang ni aku sedang berbolak-balik. Kemanakan harus ku tuju? Kalau ad geng, aku mmg tk kisah sngat.. Tpi berkmungkinan besar aku akn keseorgan. Itu yg aku tk snggop tuh. Ya.. Itu je masalah aku. Aku jadik berat nk pndah skolah sbb aku tkot tkde geng. Agak payah nak ssuaikan diri dgn tmpat baru bila keseorangan. Ya Allah, tolong laa...

Bercakap pasal sekolah, aku berat hati nak tinggalkan my old school. Aku dah tiga tahun jdik pnghuni dkat sekolah tu, semestinya aku dah kutip bnyak kenangan, pengajaran, suka duka dan segalanya dekat sekolah tu. Kalau aku pindah sekolah, aku bukan setakat berpisah dgn keluarga aku yg dekat rumah.. Tapi aku akan berpisah dgn keluarga besar aku --> 3Cemerai.. Atas sbb2 trtntu, aku nk tnggalkan sekolah tu dan mulakan sebuah hidup yg betul2 baru. Aku nak mulakan bab kehidupan aku tnpa perlu 'dia' mnjadi wataknya lagi... 

Argh... beratnya semua ni!! Ya Allah, ringankanlah!!

Ok, tk ad mood nk post pnjang2. Kepalaku kusut. Btw, episod ni masih belum habis.. Nntikan sambungannya esok! ^^


19.12.12--->CUAK!

Assalamualaikum. Holla!
Nervous3x!!!

http://matcuoi.com


Aku dan manusia2 yg dilahirkan pada tahun 1997 sekarang sedang menunggu hari di mana, keputusan Peperiksaan Menengah Rendah a.k.a PMR akan keluar pada hari Rabu nih. Aku memang seorang penipu kalau aku cakap aku langsung tak berdebar.  Sekarang ni perasaan dah bercampur baur.. Gelisah, risau, teruja, bimbang dan sebagainya..

Ari ni dah Ahad, bermakna ada dua hari je lagi. Oh, aku excited plus cuak... Dalam bulan doblas thun ni, ada dua tarikh yg aku tkkan lupa.. Iaitu, 13.12.12 dan 19.12.12. Yg pasal 13 haribulan tu opkos la pasal bola ari tu. Aku takkan lupa tarikh tersebut. Selagi aku tak hilang ingatan, selagi tulah aku takkan lupa. *saya peminat fanatik HM*

Mula2 aku tak kisah sangat pasal result ni. Tapi, lepas balik kampung sedare2 sume dah berbunyik pasal result. Dan macam biasa, bnyaklah tawaran yg diberi kalau dapat A. Itu yg buatkan aku bertambah cuak. Kalau boleh, aku tak nak siapa2 pun tahu result aku. Tak kisahlah, sama ada cemerlang atau tak cemerlang. Yang buat aku tak berapa nk selesa, bila orang tanya, 'agak2 dapat berapa?' Oh, aku memang tak tahu nak jawab macam mana. Takkan nak jawab no komen pulak kan...??

Tak sangka, result keluar secepat ni. Mula2, cikgu2 cakap 26..Memang lambat sangat. Tup2, 19 aribulan. Jauh giler dari tarikh yg mula2 .. Tapi bagus jugak, sebab aku memang tak sabar nak tnggu result keluar supaya, aku dapat fikir dan rancang, di manakah aku tahun depan. Bila tak tahu result, nak cakap pasal sekolah pun macam terumbang-ambing. Bila dah ada keputusan periksa, barulah senang nak buat perancangan. Kepada sesiapa yg baca, tolong doakan agar keputusan saya dan semua calon PMR di seluruh Malaysia, cemerlang dan sukses! Amin!

Dari jemari yg mulai sejuk, D.


Saya Sayang HARIMAU MALAYA!!!


Assalamualaikum.. Salam sedih untuk semua penyokong Harimau Malaya 


http://matcuoi.com Hari ni mungin satu Malaysia sedih bila team kita kalah. Bukan itu je yg buat kita org sedih, tapi reff yg berat sebelah buat kita org mmg kecewa sngt2. Semua pemain dh cuba sngguh2, dah main dgn baik, tapi keadaan reff pulak yg memungkinkan player hilang smngat nak main. Sudahnya, Malaysia kalah 2-0 ke tangan Thailand yg main kotor. Dekat twitter, mmg bersepah org sumpah seranah reff. Kalau ikutkan aku pun nk sumpah seranah jugak, tapi.. tak baiklah...

Setengah jam sebelum bola stat, memang aku dah tunggu depan tv. Smangat weyh nak tengok dgn harapan nk pasukan kebangsaan menang. Mula2 game aje Thailand dah asyik serang dn pengadil berat sebelah. Mula2 game, pemain pertahanan Malaysia, yg merupakan pemain feberet aku jugak, kena kad kuning. Belum habis masa pertama, dia dah kena kad kuning kedua sekaligus dapat kad merah dan kena buang padang. Untuk kad kuning kedua, memang menjadi tanda tanya sangat, sebab bukan player kita yg buat salah tapi player kita yg kena layang kad. Akhirnya, Malaysia trpksa bermain sepuluh orang je bila Fadhli Shas kena buang padang. Masa tu memang aku nak menangis sangat2 bila tengok muka Pali yg jelas sedih dan sebak gila. Mana taknya, tak buat salah tiba2 kena buang padang. Kalau korang tengok bola masa tu, memang korang pun sebak tengok muka Fadhli Shas. Dia tu dikategorikan pemain pertahanan yg kental. Banyangkan bila dia tak ada, memang goyahlah pertahanan kita.

FADHLI SHAS. SALUTE YOU!


Malam ni, satu pujian yg teramat2 tinggi boleh diberikan kepada Farizal Marlias. Dia memang terbaik malam ni walaupun dah dua gol bolos. Ada satu situasi tu, dia rela mukanya ditendang semata-mata tak nak lepaskan bola yg ada dalam pelukan dia. Sebab tu aku tahu yg player kita mmg sungguh2 main malam ni dn memang sebak sangat2 bila tengok semua muka player hampa sbb kalah. Kecewa plus geram sebab reff berat sebelah. Nak menangis , tapi tak ada air mata pulak...

FARIZAL MARLIAS. YOU TRY YOUR BEST BRO!!


Walaupun Malaysia tak layak nak pergi final dan memang takkan dapat jadik juara, bagi aku.. dia orang tetap juara dalam hati Ultras Malaya. Aku kecewa sbb dia orang kalah, tapi aku tak kecewa dgn cara dia orang bermain. Aku yg tak duduk atas padang mmg boleh komen mcm2, tapi aku tahu dia org bertungkus-lumus nak carik gol atas padang yg macam sawah padi tu. Dia orang teraniaya dan insyaAllah dia orang juara tahun depan!

Aku ingat lagi masa final AFF tahun lepas. Itulah pertama kali aku tengok bola 90 minit lebih  tanpa bergerak daripada depan TV. Masa tu, aku ingat lagi yg jari aku mmg tk henti2 mngigil bila tengok bola. Tapi berbaloi sbb team kita menang. Lepas menang tu, dua hari senyum aku tak surut2. Memang seronok yg teramat sangat. Dan,bila kalah ni, memang kecewalah. Tapi... tahun depan ada lagi. Dan... aku sayang pasukan kebangsaan aku! Saya sayang Harimau Malaya!!!

http://matcuoi.com    selamanya HARIMAU MALAYA!!!

SAYA MENYORAK BILA MENANG, DAN SAYA AKAN TETAP SOKONG WALAUPUN PASUKAN SAYA KALAH!!!!

G.E.N.T.L.E.M.A.N


Assalamualaikum! Holla! 

Hari ni aku mengupdate blog dalam suasana yg lain. Coz, I'm not at my home. Tak kisahlah tu, asalkan tempat tu masih ada talian internet. Kalau ada, hiduplah aku. Hahaha!

Talking about man, aku terfikir dan teringat yg aku tak pernah ada pun kawan lelaki. Bukan boyfriend atau pakwe okay! Aku pun tak naklah ada seorang lelaki yg berpangkat begitu. Ok, yg aku maksudkan adalah seorang kawan biasa yg berjantina lelaki. Pendek kata, aku tak ada pun seorang lelaki yg rapat dgn aku sebagaimana aku rapat dengan kawan2 pompuan aku. 

Berbanding lelaki dan perempuan, aku lebih selesa bergaul dengan kaum Adam tersebut. Sebabnya, bila dgn orang lelaki ni, dia orang tk pndai nak terasa hati, tak pandai nak mengajuk, tak pandai nak sedih2.. Pendek kata, dia orang ni mmg berbezalah dgn kaum Hawakan?? Sebab tulah aku senang nak bergaul dgn dia orang. Nak bercakap, nak kutuk2.. bebas. Dia org takkan nak merajuk dgn member2, ye tak? Macam perempuanlah kalau main ngajuk2 nih..

Bagi aku, seorang lelaki yg bergelar kawan, perwatakannya akan lain. Seorang lelaki yg bergelar kekasih, lain pulak caranya. Menarik bila kenal dgn orang lelaki ni. Seorang lelaki, lebih senang nak dibawak berbincnag berbanding dgn perempuan yg mmg dikenali sbg kaum yg banyak mulut. Lelaki pulak lebih cool, rilek, tk mudah gelabah dan sempoi. Aku tahu semua ni berdasarkan pemerhatian akulah. Lelaki, bila dgn makwe, dia akan jadik lembik lembut dan baik jer. Depan makwelah katakan... Tapi, bila depan member, tak kisahlah sama ada mmber dia tu lelaki ke, perempuan ke, perwatakannya sama. Sebab tu aku tak berminat nak ada pakwe dalam umur yg macam ni. Dalam umur yg macam ni, semua budak lelaki sama sahaja. Bila dah dewasa, baru dia akan lain sikit.

Sebagai seorang yg pernah menulis, aku perasan satu benda. Dalam kebanyakkan... Bukan kebanyakkanlah, hampir kesemua cerita yg aku tulis, watak utamanya mesti lelaki. Aku susah nak mendalami atau nak wujudkan satu watak perempuan. Terutamanya kalau watak perempuan tu jenis yg lembut2 dan ala2 gadis melayu terakhir. Mesti aku fail punya nak wujudkan watak tu. Kalau ada watak perempuan yg aku buat pun, perempuan tu mesti ganas, tomboy dan sewaktu dgnnya. Aku susah nak masuk dengan jiwa2 perempuan ni. Cara pemikiran aku kebanyakkannya menjurus kepada lelaki. Tapi, I'm still a girl *walaupun ganas sikit*. Aku sedar fitrah aku dan tak pernah cuba untuk jadi lelaki pun. :)

Apa2 pun, kawan lelaki ke perempuan ke, itu semua bergantung kepada diri kita jugak. Kalau kita okey dengan dia, boleh aje nak dijadikkan kawan sampai mati. Tapi, aku tetap berharap, pada waktu sekarang ni, aku nak jumpa seorang budak lelaki yg lain daripada yg lain. Aku nak listkan jugak ciri2nya, tapi tak berdaya dan susah nak dijelaskan. Apa yg pasti, aku berharap aku nak dapatkan seorang lelaki yg boleh dijadikan kawan ataupun seorang lelaki yg memang ikhlas nak berkawan atau seorang lelaki yg tak pernah berfikiran untuk berkapel di masa2 sekolah ni.

*Agak-agaknya, wujudkah lelaki seperti itu? Wujudkan yg jenis lain daripada yg lain??*







12.12.12


Assalamualaikum! Holla!

Hari ni dekat FB org ramai sibuk bercakap pasal esok. 12 haribulan 12 dua ribu 12. Tarikh lawalah kononya. Nasib baik esok rabu, jadi tak ramailah kot org yang buat kenduri kahwin. Aku peliklah, tarikh je kot, buat apa nk kepoh sangat. Terutamanya bagi org yang nak kahwin, mesti nak pilih 11.11.11, 10.10.10 dan 12.12.12 dan lain2 la... Bukan setakat nak kahwin jer, zaman sekarang ni, nak beranak pun nak pilih tarikh jugak. Perlu ke? I mean, helllooo... nak apa dengan tarikh tu? Nombor bertuah? Atau nak senang ingat? Sampai bila nak dikenang sangat tarikh2 tu?  Lantaklah, lain orang lain stail, lain orang lainlah cara pikirnya, ye tak?

Sementara orang ramai sibuk sangat dengan esok, aku pulak teruja nak tunggu lusa. 13.12.12. Sebab apa?? Hey, Harimau Malaya akan berlawan dgn Gajah Putih. Sebagai peminat fanatik Harimau Malaya, dah semestinya, dan wajib! Aku kena tengok game tu. Mintak2 team kita menang dah boleh masuk final. Bukan setakat final je, mintak2 jadik juaralah jugak.. *amin*

Hai, bercakap pasal esok ni jugaklah buat aku remind something. Esok my dad cuti, so dia berhasrat nak balik kampung. Menarik jugak sebab aku pun tak lama gila babeng terperap dalam rumah tak keluar2. Serius, memang tak best ler.. Tapi, bercakap pasal nak balik kampung ni buat aku macam tak ada mood pulak. Rasa macam malas walaupun mmg aku nak keluar dari istana batu ni. 

Ah! I got it. Aku malas nak balik kampung sebab aku malas nak duduk dalam suasana yg ramai orang. Yes! Itulah jawapannya. I need time to be alone. Tapi aku tahu, impian aku tu takkan jadi kenyataan. Sob...sob.. kesian aku... Talking about alone, aku terpikir pulak pasal sekolah. Hari berganti hari, cuti pun makin sikitlah. Dan hari persekolahan nak dibuka makin hampir. Tapi aku masih tergantung dan tertanya2 dimanakah aku tahun depan? Di SIS lagikah? Atau disekolah lainkah? Iyakah??

 Bila ada orang stat tanya aku pasal ni, jawapan aku. " Tengok resultlah."
Sekarang ni memang aku tak sabar nak tunggu result dikeluarkan. Bukan nak berlagak, aku cuma nak tahu apakah keputusan PMR aku supaya aku boleh buat keputusan dekat mana aku nak seklolah tahun depan. Kalau cemerlang, memang aku akan disuruh masuk MRSM, atau sekolah sains. Kalau tak, mungkin aku akan kekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail atau di sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Bukit Kuang. Everything make me buntu! Jadi, tunggu jelah bila dan ketikanya keputusan akan dikeluarkan bagi menjawab semua tanda tanya ini.

Bercakap pulak pasal result, tarikhnya pun masih belum pasti. Ada yang cakap 19,20, 26, dan lain2. Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu. Bagi aku, lagi cepat lagi bagus. Tak lama lagi nak naik new year dan tak lama lagi jugak birthday aku. Urm, I'm gonna be sixteen. Dah dewasa ke tu? Hahaha, macam tak percaya yang aku bakal habiskan zaman persekolahan aku. Dua tahun dari sekarang, aku 18 dan mungkin aku bukan bergelar pelajar sekolah lagi.Hmm... tak ada yg kekal dalam dunia ni?

Betul semua??? :) 
Sekian, selamat malam!


Night Market...



(sumber:  google)

  Haa... Assalamualaikum, y'all! 

Perkenalkan tempat yg paling disukai oleh aku.. Dalam bahasa omputih, dia dikenali sebagai night market, tapi dalam bahasa kita dikenali sebagai pasar malam. Pasar malam dekat serata Malaysia ni ada pada masa dan hari yang lain. Kalau dekat tempat aku, iaitu Pasar Malam Bandar Chukai yg terletak dekat Taman Bandar, pasar malam ni diadakan pada Isnin malam Selasa dan Khamis malam Jumaat sahaja. Pasar malam dekat mana2 pun, bukan jual makan je, tapi hampir macam2 ada. Kain baju, selipar, barang dapur dan pelbagailah. (siapa yg pernah pergi pasar malam, mesti tahulah)

Ok, cukuplah tu untuk introduction. Aku ni memang seorang manusia yang pantang jumpa pasar malam. Tak kisahlah pasar malam tu kat mana, tak kisahlah pasr malam tu besar ke, kecik ke, memang aku nak singgah. Bukannya apa, bagi aku pasar malam ni macam syurga makanan gitu. Jalan-jalan, kiri kanan semuanya makan.. Siapa tak teruja. Bagi orang2 yg kuat makan ataupun pecinta makanan macam aku ni, memang terujalah kalau tengok makanan,kan? Satu benda yang aku wajib beli tiba dipasar malam ---> ICE BLENDED.  
 (sumber: google)

Yes, aku memang penggemar minuman sejuk tersebut. Kadang2, tujuan aku ke pasar malam sebab nak cari benda alah tu je. Pergi sana, kalau tak terasa nak makan, aku akan beli ice blend secawan dan terus balik. Kalau dekat Chukai ni, pasar malam dia panjang sangat. Dan gerai ice blended yang sedap dan selalu aku beli terletak dekat hujung pasar malam. Jadi, setiap kali ke pasar malam, aku memang akan hilang kesana. Lepas dah beli, barulah aku timbul balik.

Selain daripada tu, bukan aku je yang suka pergi pasar malam ni. Adik2 aku yang lain pun suka jugak. Budak2 ni kalau pergi sana mmg nak cari ayam goreng. Memang satu menu wajiblah ayam goreng tu kalau berkunjung ke pasar malam. Aku tak berapa suka sangat, sebab macam mahal jugaklah harga seketul ayam goreng yang macam boleh goreng sendiri dekat rumah tu. Itu makan feberet adik2 aku. Kalau aku pulak, makanan yang aku biasa beli, Apam Balik. Dulu, semua apam balik sedap2. Sekarang ni susah betul nak cari apam balik yang sedap. Apam balik ni ada banyak jenis. Yang aku tahu tiga jelah. Ada satu ni ala-ala Baby Bun. Dia kecik jer dan intinya samalah macam apam balik biasa. Yang kedua, yang jenis nipis dan ranggup tu. Yang tu aku suka, suka sangat2. Bila makan time panas2, fuh, sedapnya memang tak hengatlah. Yang ketiga yang jenis besar dan tebal tu. Jenis nilah yang susah nak cari yang sedap. Biasanya, rasa tepung je lebih, intinya ciput jer... Biasalah, peniaga sekarang. Pikir nak untung jer..

Sayangnya, aku jarang dapat pergi pasar malam ni. Sebab:
  • rumah aku dengan pasar malam dekat bandar jauh. Selalunya, aku pergi pasar malam kampung masa malam isnin. Pasar malam kat situ kecik jer.
  • my parents tak berapa suka sangat pergi pasar malam. Yalah, dah ada makanan dekat rumah, nak pergi pasar malam nak beli apa lagikan? 
  • tak ada duit yang cukup untuk joli puas2 dekat pasar malam. :'(
  • boring jugak nak pergi pasar malam bila tak ada member2.
  •  dan lain-lain....
Selain daripada dikenali sbg syurga makanan oleh aku, apa yang buat aku suka dengan pasar malam ialah, aku dapat menikmati suasana malam. Memang bestlah bershopping bila berbumbungkan bintang-bintang. Sejuk lagi. Tak macam pasar raya yang sesak dengan aircond dan tertutup. Boleh lemas tau. Walaupun dekat pasar malam tu bising, bingit dan sesak, sekurang2nya dapat jugak hirup udara segar dari suasana malam. Pasar malam ni juga menjadi satu tarikan bagi pelancong2 yg datang dari luar. Peniaga2 pasar malam ni bukannya melayu je, tapi semua ada. Barulah satu Malaysia. 

Pernah jumpa tak pasar malam yang lenggang dan sunyi sepi tanpa pengunjung. Tak pernah terjadi lagi rasanya. Pasar malam ni dikunjugi oleh segenap lapisan masyarakat. Yang tua, yang muda, yang kaya, yang tak kaya, semuanya mesti pernah pergi pasar malam. Lainlah kalau ada orang pikir pergi pasar malam ni menjatuhkan standard. Suasana membeli dekat pasar malam lagi happening dan bebas! Nak buat sampah merata2 pun tak ada masalah. ( tapi jgn buat. Mcm org tak ada sivik je).

Kaya atau miskin, tak salah nak pergi pasar malam. Dekat pasar malam, para peniaganya tak pandang pelanggan yang berduit je macam peniaga2 dekat shopping kompleks tu. :)

GEMURUH SUARA!!!


Assalamualaikum penyokong2 Harimau Malaya!

Sempena piala AFF Suzuki, semuanya aku letakkan gambar ni. Kat FB, kat Blog, kat lappy punya background, twitter..... je belum lagi. Nanti2lah. Bukannya apa, aku nak tunjukkan tanda sokongan aku dekat pasukan kebangsaan ni. Nak2 pulak, Team Malaysia dah sampai separuh akhir. Tadi, baru je lawan Thailan dekat Bukit Jalil. Dah tertulis rezeki yg pasukan kita seri 1-1 dgn pasukan lawan. Tak apalah, ini baru separuh akhir pertama. Nanti lawan dekat Thailand, insyaAllah kita menang. *amin*

Aku baru je balik dari bandar dengan mood yang tak berapa baik. Outing aku dengan mmber aku tu ok, cuma.... Guess what happen when I'm came back home. Yes, bukannya kena marah, tapi kena tegurlah. Sebab sepupu aku yg dari Johor tu dah balik dan Grandma aku yg baru sminggu duduk kat rumah pun ikut balik. So, aku kena tegurlah sebab masa dia org balik aku and my brother tak ada kat rumah. Tak sempat nak salam2. Ergh, dilema jugak. Sebab aku pun rasa serba salah. Tapi nak buat macam mana, aku dah ada janji dengan orang. Takkan nak mungkir pulak. Aku tak ada pilihan lain dan aku tak sangka pulak yg my grandma akan ikut balik Johor. Ingatkan dia nak stay kat sini lagi. Tak apalah, harap2 dia tak terasa hati.

Ok, balik rumah, aku agak penat dan tak bersemangatlah jugak. Tapi, bila bola stat aku terus segar balik. Haha, minat betul kat bola kan. Opss, chop! Aku tak minat bola aku cuma sokong pasukan aku. Apatah lagi  bila terpandangkan pmain berjersi 17 (Azamudin Akil) dan 27 (Fadhli Shas) lagilah aku bersemangat. Walaupun aku peminat MUSLIM AHMAD, tapi dia tak ada dalam team untuk tahun ni. Alah, kalau pemain2 tak good looking pun, aku akan tetap sokong Harimau Malayalah! 

Yang paling aku suka time tengok bola, aku mesti nak bukak FB. Suka bila tengok ramai2 penyokong2 yg update status pasal bola. Ramai yg sokong dn ada jgak yg mngutuk. Aku mmg tak suka dengan org yg main kutuk2 player kebangsaan ni. Helllo, sekurang2nya dia org boleh wakil negara. Kau ada??? Bercakap bukan main lagi. Skong sangatlah kelab bola luar tu. Huh!

Tapi, aku ttap bersyukur dan sedar yg pasukan kita ttap ada pnyokong. Buktinya, stadium hampir penuh jugak tadi. Ah, seronoknya bila dapat sokong dekat stadium! *anganan baru* Biarlah, sokong dekat TV pun dah berbaloi, yg pnting smangat kecintaan team kebangsaan tu mesti ada! 

Tunggu perlawanan kedua dekat Thailand nanti. HITAM KUNING HITAM KUNING, HARIMAU MALAYA!!!

I LOVE MY TEAM. 
dari anak Malaysia,
   nadhiey.     
http://matcuoi.com

What Wrong With Me??

Aku pening dan penat!!! Balik dari berkelah aku terus kemas dapur dengan baju yang basah dan sejuk. Sekarang, aku cuma terpikirkan pasal esok. Pasal plan nak pergi bandar tulah. Argh, mana perginya mood aku?? Kenapa aku rasa macam malas sangat ni? What's wrong with me?? Something take my mood. But, what? 

Ok, aku kena atur plan.... Aku kena tidur awal, dapatkan rehat yang cukup dan mungkin aku akan bangun dengan perasaan yang lain besok. InsyaAllah. Erm, boleh tak kalau nak postpone pasal pergi bandar tu? Tapi, tak sedaplah pulak bila dah berjanji dengan orang..

Oh, somebody,,,, help me!!!

Sekali lagi, rilek Dhiey, rilek! Tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus, cuba tenangkan kepala otak tu dulu sekejap. Take a deep breath!

Argh!!! I can't !! Kusutnya jiwa dan raga ini. huhuhu


http://matcuoi.com



I'm really tired now. I want to take some sleep. Kids, please don't disturb me tonight. Only this night! Please3x??

OMG!! I'm not in mood!! http://matcuoi.com

Argh! Apa kena dengan aku hari ni? Moody siot..... Tak best nya. Badan letih, mata berat sebab tak tidur semalam. Ini semua penangan Istanbul Aku Datanglah ni. Entah apa malang ntah, tiba2 plak hari ni nak pergi berkelah, pergghhh... memang tak kenalah wey dengan keadaan aku sekarang. Aku malas campur bengang.
 Bengang?? Asal lak? Haa,, yg tu aku pun tak tahu. Tapi yg pasti itulah aku rasa sekarang. Rasa macam serabut gilerrr!!! I want a friend to talk! That's its. Apa yang nak diuat hari ni tak kena dengan keadaan, itu yang buat aku bengang! Selama ni nak pergi CHEMERONG adalah something yg dinantikan oleh aku! Tapi masanya tak kena. Aku rasa maam nak hantuk kepala kat dinding! *siriyes ni*. 


 Oh somebody,,,, help me..... 

Apa aku nak buat? Macam2 benda yg aku terbayang ni. Nanti balik, nak kena kemas pelbagai barang lagi, penatlah!!! Aku tertekan sebab terkurung dekat rumah, campur pulak dengan orang ramai dekat rumah ni, campur lagi dengan aku yang keseorangan. Huhuhu, rasa nak menangis siot!! *sabar Dhiey, sabar*  Tarik napas, hembos, tarik napas hembos. Rilek2, senyum2... :) Ceriakan muka, rilekkan harti tabahkan jiwa!  Masukkan mood ceria tu dlam diri. Upload ceria ke dalam jiwa. Loading >>>>>>>>>>>>> 80%>>>>>>>>> 99%>>>>>>>>>>>
LOADING COMPLETED. 

Ok, turun bawah sekarang dn senyum! Senang jelah! Rilek dn cntrol diri ok!! 

Istanbul Aku Datang!!!!!! -----> I'm in Love with Haris!! http://matcuoi.com

 I'm so excited to watch this movie! Finally, aku dapat tengok jugak!! Rasa macam nak menjerit plak sebab trlmpau excited. *rilek Dhiey, rilek*.  Best gila cerita ni dn memang tk rugi aku bersengkang mata pagi2 buta macam ni untk watch this movie. Berbaloi! Nak tahu tak cerita ni macam mana??

Ok2, cerita ni mengisahkan tentang Dian yang pergi ke Istanbul untuk berjumpa dengan BFnya Azad. Dia ke sana dengan hajat, Azad akan melamarnya dan akan mengahwininya. Sampai di Istanbul, Dian menumpang di rumah sewa Azad yang dikongsi dengan dua orang lagi rakan lelakinya. Selang beberapa hari Dian menetap di rumah Azad, Azad menyuruh Dian mencari rumah sewa dan berpindah dari rumahnyan dengan alasan, tak manis kalau orang tengok anak dara duduk dengan tiga orang lelaki. *betul jugakkan?*
Dian menurut sahaja arahan Azad tu dengan rasa terpaksa. Setelah penat lelah Dian mencari rumah sewa di Istanbul itu, dia berjumpa dgn seorang lelaki yang menawarkannya sebuah apartmen yang cantik, dan murah. Dian dengan senang hatinya membayar tiga bulan deposit untuk apartmen tersebut.
Satu hari, Dian berjumpa dengan housematenya, iaitu Haris. Rupa2nya, Dian ditipu oleh lelaki tadi. Ternyata, apartmennya sudahpun ada penyewa tetapi tidak diberitahu oleh si lelaki tadi. Pertemuan Dian dengan Haris memang tak mesralah, dia orang bengang sebab ada housemate yang berlainan jantina. Dia orang sibuk suruh antara satu sama lain untuk berpindah keluar, tetapi dua2 tak nak mengalah. Akhirnya, merek terus duduk serumah dan asyik bergaduh.
Kes Maggi Asam Laksa membibitkan hubungan yang lebih baik antara Dian dan Haris. Dalam pada itu, Dian terpaksa merahsiakan ttg housematenya daripada pengetahuan Azad. Nanti kalau Azad tahu dia duduk serumah dengan lelaki lain, apa pulak yang dipikirnya. Ok, berbalik pada Maggi Asam Laksa tadi. Dian tersalah anggap yg Haris ni gay sebab dia pernah nampak Haris dengan seorang lelaki. Disebabkan itu, Dian mula nak berkawan dengan Haris yg disangka2 nya lelaki lembut itu. Tapi, ada sahaja halangan yang menghalang mereka untuk menjadi lebih baik.
Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Rahsia yang disimpan oleh Dian akhirnya terbongkar jua. Azad memang berfikiran yg Dian dn Haris ini ada 'sesuatu'. Yalah, dah duduk serumahkan. Lepas kes itu, Azad terlampau kecewa dengan Dian dan memutuskan hubungan mereka. Haris berasa serba salah atas kejadian yang menimpa Dian dan Dian juga terpaksa berpindah lantaran arahan daripada tuan apartmen tersebut.
Haris cuba bertemu dengan Azad untuk menerangkan duduknya perkara sebenar. Tetapi niat suci Haris itu terbantut apabila Azad terus menuduh mereka dgn tuduhan yg tidak berasas. Ditambah pula dengan pecahnya tembelang Azad yang curang. Dian berganda2 kecewa dn berniat untuk pulang ke Malaysia.
Sehari sebelum Dian bertolak ke Malaysia, Haris mmbawa Dian bersiar2 di Kota Istanbul dgn hajat untk menceriakan gadis tersebut. Balik sahaja dari bersiar2, Azad datang berjumpa Dian dan melamar Dian. Dian serba salah tetapi dia tetap menerima lamaran Azad.
Ok, bila Dian nak naik teksi, Haris tahan dan cakap. " Awak, jangan pergi!" Oh, so suwiiittt!!!
Dian serba salah. Tambahan pula dia sudah memberikan kata putus kepada Azad. Lepas tu, Haris cakap lagi, " Kalau awak rasa apa yang saya rasa, tolong jangan pergi."
Ah, sudah, Dian makin serba salah. Jadi, agak2nya, siapa yang Dian pilih???

CHARACTER.

*HERO*
BETO KUSYAIRY


Inilah orgnya. Beto Kusyairy atau nama sebenarnya Zaquan NurKusyairy. (kalau tk salah laa) Dalam cerita ni aku suka everything pasal dia. Namanya, HARIS. That's my favourite name. Memang tk sangka sangat. Macam ada jodoh je aku dengan cerita ni. Okay, namanya aje dah feberet aku, kerjanya pulak sebagai seorang pelukis. OMG! Aku mmg suka lelaki yg pndai melukis. Wahhh, menepati citarasa betul Haris ni. Dahlah baik, sweet, kelakar (dalam cerita nilah), hensem+comel( sikit). Apapun, aku memang minat beliau ni dari dulu lagi. Lepas tengok cerita ni, makin berganda2 minat aku dekat dia walaupun sekarang dia adalah hubby orang. *hikhik*


*HEROIN*
LISA SURIHANI

Ehem, Kan tadi aku ada cakap yg aku ni mcm ada jodoh dengan cerita ni. Mula2, nama heronya adalah nama feberet aku, daaaannnnnnnn, nama heroinnya pun nama feberet aku jugak! DIAN! Satu lagi kejutan. Banyak kisah aku dengan nama Dian ni. Tapi, ianya dah jadi sejarah. Malas nak diungkit. *Back to the topic* Dalam banyak2 nama, nama Dian jugak yang dipilihnya.  Nama yang comel sama macam perwatakkan Lisa dalam cerita ni. Oklah digandingkan dengan Beto. Untungnya dia orang dapat pergi Istanbul. Tempat dimana terletaknya Blue Mosque (kan?)

Bila tengok cerita ni, aku dah dapat dah endingnya macam mana. Tapi, bagi aku, cerita ni ada kelainan sikit. Aku terfikir, macam mana Dian boleh lepaskan Azad yg dicintai selama bertahun2 tu, untuk seseorang yg baru dikenali tak sampai sebulan?  Memang Azad curang, tapi Azad sungguh2 minta maaf dan nampak sangat ikhlas. Tap, perasaan Dian pada Haris tu lebih kuat, sedangkan dia baru je kenal Haris. Perkenalan yg singkat tapi mampu melahirkan cinta yg teguh.

Bagi aku, cinta itu tak mengenal masa. Cinta itu hanya mengenal satu benda iaitu HATI. Keikhlasan, kejujuran dan kesucian hati itu yg akan mengukir bentuk cinta itu samada membentuk cinta yang setia, kukuh atau goyah. Tidak kira ianya mengambil masa sehari, setahun atau berdekad-dekad. Kalau tidak masakan wujud kata-kata ini; Kita mampu jatuh cinta dalam masa satu saat. :)     Masa tidak memberi jaminan apa-apa. 



Lots of Love,http://matcuoi.com

Tahun ini adalah----> Tahun Aneh.. APAKAH????

sory ya, terllu aneh... susah untuk diceritakan... heheh jgn marahhh... http://matcuoi.com

Kita hanya merancang, Allah yg tentukan...

Hari ni mmg sedih sngt2.http://matcuoi.com Hajat nk buat BBQ dgn kengkawan sekelas, ti tk jadik atas alasan yg aku sndiri pun kurang pasti. Kata pengerusi BBQ ni, majlis tu ditunda dn nak dibincang semula masa ambek result nnti. Argh!! aku rasa macam malas nak ambik tahu pulak. Lepas tarikh ni tk jadi, tarikh tu tk jadi, akhirnya naik bosan aku tnggu brlangsungnya BBQ tu. Yg kedua, sepatutnya hari ni aku hangout dgn mmber aku dayah dkat bndar.. Pun tk jadik jugak!! http://matcuoi.com Tapi, sbb plan tu tk jadik mmg tk boleh dielaklah. Mak sedare dia meninggal. So,dia kena balik kelantan. InsyaAllah adalah jodoh aku nk jumpa dia Ahad nanti lantaran toto yg dikirim oleh ibu. Mintak dipermudahkan Ya Allah. *amin* Malam ni, my cousin dtg rumah. Ergh!!Bukan tak seronok, tapi rasa macam..... *no komen* mgkin dgn cousin yg ni aku tk brape ngam kot. Yalah, tk de geng. Dah berapa hari dh aku trperap dkat dlam istana batu ni. Tertekan? Mestilah, tertekan tahap macam ni haaa... http://matcuoi.com hahahaha, tkpelah, cuti dh tak lama, nnti naik skolah jgn mrengek nak cuti pulak! Tak apalah, aku pndailah nk carik aktiviti untk dibuat dalam jdual cuti aku. Antaranya ialah, edit blog nilah. Dah naik jemu pulak rasanya nak godek bnda alah ni. Kadang, buat2 tk jadik, kadang2 aku buat lain dia keluar lain, kadang2, aku tekan itu, tekan ini, tampal tu, tampal ni, last2 tk keluar... Itu tk apa lagi, aku tekan punya tekan dgn smngatnya, tiba2 semua freez. Apa lagi, laptop hang laa... Kena sabar, kena tunggu... Nasib baiklah agak berbaloi... Dah lewat, tak ada apa2 lagi nak dibuat, time to...http://matcuoi.com dengan nyenyak nya didalam bilik dan bersesak2 dgn adik2 ku. Maklumlah, ada org datang rumah, tmpat tidurku di ruang tamu sudah di ambil.. haha. Assalamualaikum, Selamat Malam, Babai. http://matcuoi.com

Emoticon!!

testing2.. comel tak? http://matcuoi.com

semakin lega..

Dah masuk sminggu kerja aku mengedit. Tetiba rasa mcm sng. *kalau time tu tngah sabarlah*. Spanjang edit2 ni, tk terkata brtapa bnyaknya aku TERjumpa blog2 yg... OMG thap lawanya. Memang terbaik+cun+comel. Rajin btul ek dia orang godek2 html kod. Mmg rajinlah kaum2 yg ad blog lawa2 neh. 

Ok, tk payahlah nk cakap pasal blog org lain ni, jeles plak nnti. Bnyak jgak pmbaharuan yg dpt aku masukkan dlm blog ari ni. Siapa sangka, jadik gian pulak aku nk edit2 ni. Tapi, aku edit yg sng2 je la. Bkn tk brani nk buat yg agk2 pyah, keadaan lptop x mmbenarkan. Nk buat yg smple2 ni pon dah tersenguk-senguk. Ni pulak nk buat yg lebih complicated lg. Carik nahas namanya tu. Tk pasal2 meletop plak benda alah yg Mat Said bg kat adik aku neh. 

Sepnjang cuti ni, aku mmg tk ada apa2 aktiviti mahupun projek. Org lain sibuk bercuti, berjalan2 mkn angin, aku duk mkn,tdur,mkn,tdur. Nsib bdan mantain lg.*kuikui*. Jadi, aktiviti mengedit blog nilah projek disember aku. Pagi,ptg dn malam, aku duk menghadap ajelah laptop yg bersaiz kecik ni. Smpai adik2 aku dh smpai thap dengki dn geram. Yelah, dia orang tk dapat main game kt fesbuk tu. Nasiblah mulut ku ini manis dn pndai memujuk. Nk idop kena pndai maa!! 

Untk entry kedua ni, kasi pnjang sikit. Baru sdap nk buat previem. Apa2 pun, bnyak kerja lg nak buat ni. Pergi dulu! Adios! Amigos! Calabete! 


Lecongan..

Assalamualaikum! yes! kerja2 pembinaan masih dlm proses, belum siap sepenuhnya lg. Tapi, setakat ni berpuas hatilah juggaakk. Edit blog kali ni mmg betol2 mnguji ksabaran sbb aku telah menggunakan EBOOK adik aku, di mana ianya amatlah lambat+perlahan dan acap kali hang. Memang boleh kena darah tinggi bila mngunakan benda alah tersebut. Nasiblah, hari hujan, tak berapa panas sangat. Kalau tidak, mau menyirap darah aku.

Ok, stop pasal ebook. Memandangkan blog masih dibina, jadi hasilnya tak cun manalah yer.. Maklumlah, saya tak pro. Belajar lagi. Dahlah tak pro, internet lembab, kesabaran plak di tahap terendah, memang tak ngam langsung nak buat kerja2 yg agak mencabar minda macam ni. Tapi, bak kata org dulu2, nak seribu daya, tak nak macam2 alasan dikemukakan. 

Caiyok! Aja2 Fighting! hahaha *mcm nk pi war*

Oklah, undur diri dulu, catatan ni nak ngetes ajer. Tk pntg pon. Bubye! Kenyit siket. ;)