Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

G.E.N.T.L.E.M.A.N


Assalamualaikum! Holla! 

Hari ni aku mengupdate blog dalam suasana yg lain. Coz, I'm not at my home. Tak kisahlah tu, asalkan tempat tu masih ada talian internet. Kalau ada, hiduplah aku. Hahaha!

Talking about man, aku terfikir dan teringat yg aku tak pernah ada pun kawan lelaki. Bukan boyfriend atau pakwe okay! Aku pun tak naklah ada seorang lelaki yg berpangkat begitu. Ok, yg aku maksudkan adalah seorang kawan biasa yg berjantina lelaki. Pendek kata, aku tak ada pun seorang lelaki yg rapat dgn aku sebagaimana aku rapat dengan kawan2 pompuan aku. 

Berbanding lelaki dan perempuan, aku lebih selesa bergaul dengan kaum Adam tersebut. Sebabnya, bila dgn orang lelaki ni, dia orang tk pndai nak terasa hati, tak pandai nak mengajuk, tak pandai nak sedih2.. Pendek kata, dia orang ni mmg berbezalah dgn kaum Hawakan?? Sebab tulah aku senang nak bergaul dgn dia orang. Nak bercakap, nak kutuk2.. bebas. Dia org takkan nak merajuk dgn member2, ye tak? Macam perempuanlah kalau main ngajuk2 nih..

Bagi aku, seorang lelaki yg bergelar kawan, perwatakannya akan lain. Seorang lelaki yg bergelar kekasih, lain pulak caranya. Menarik bila kenal dgn orang lelaki ni. Seorang lelaki, lebih senang nak dibawak berbincnag berbanding dgn perempuan yg mmg dikenali sbg kaum yg banyak mulut. Lelaki pulak lebih cool, rilek, tk mudah gelabah dan sempoi. Aku tahu semua ni berdasarkan pemerhatian akulah. Lelaki, bila dgn makwe, dia akan jadik lembik lembut dan baik jer. Depan makwelah katakan... Tapi, bila depan member, tak kisahlah sama ada mmber dia tu lelaki ke, perempuan ke, perwatakannya sama. Sebab tu aku tak berminat nak ada pakwe dalam umur yg macam ni. Dalam umur yg macam ni, semua budak lelaki sama sahaja. Bila dah dewasa, baru dia akan lain sikit.

Sebagai seorang yg pernah menulis, aku perasan satu benda. Dalam kebanyakkan... Bukan kebanyakkanlah, hampir kesemua cerita yg aku tulis, watak utamanya mesti lelaki. Aku susah nak mendalami atau nak wujudkan satu watak perempuan. Terutamanya kalau watak perempuan tu jenis yg lembut2 dan ala2 gadis melayu terakhir. Mesti aku fail punya nak wujudkan watak tu. Kalau ada watak perempuan yg aku buat pun, perempuan tu mesti ganas, tomboy dan sewaktu dgnnya. Aku susah nak masuk dengan jiwa2 perempuan ni. Cara pemikiran aku kebanyakkannya menjurus kepada lelaki. Tapi, I'm still a girl *walaupun ganas sikit*. Aku sedar fitrah aku dan tak pernah cuba untuk jadi lelaki pun. :)

Apa2 pun, kawan lelaki ke perempuan ke, itu semua bergantung kepada diri kita jugak. Kalau kita okey dengan dia, boleh aje nak dijadikkan kawan sampai mati. Tapi, aku tetap berharap, pada waktu sekarang ni, aku nak jumpa seorang budak lelaki yg lain daripada yg lain. Aku nak listkan jugak ciri2nya, tapi tak berdaya dan susah nak dijelaskan. Apa yg pasti, aku berharap aku nak dapatkan seorang lelaki yg boleh dijadikan kawan ataupun seorang lelaki yg memang ikhlas nak berkawan atau seorang lelaki yg tak pernah berfikiran untuk berkapel di masa2 sekolah ni.

*Agak-agaknya, wujudkah lelaki seperti itu? Wujudkan yg jenis lain daripada yg lain??*