Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

Pertama Kali..

Assalamualaikum! Heyya!

Hari ni dalam sejarah banyak sangat benda yg pertama kali aku buat. Firstly, aku ke pejabat untuk urus pasal semakan semula keputusan pekse aku tu. Then, masa nak isi borang tu, konformlah banyak benda yg aku tak tahukan? Jadi, pertama kali aku pergi jumpa cikgu Zainab dan bercakap dengan dia. Haha, walaupun aku memang pelajar sekolah tu, tapi aku tak pernah pun duduk satu meja dan bercakap dengan dia. Dia yang tolong aku untuk isi borang tu. Nak harapkan kerani? Hampeeh!!

Bercakap pasal kerani, memang aku geram sangat2! Sebab aku geram dengan manusia yang tak menjalankan kerja. Sepatutnya, kalau ada pelawat yg masuk dalam pejabat, dah semestinya itu kerja kerani untuk layan pelawat. Ini tidak, aku duk tercongok depan kaunter di boleh selamba gajah je duk wak kerja. Aku pun terpikir, aku ni ada rupa patung ke kat depan tu? Nasib baiklah ada cikgu Zainab, dia yg bawak aku pergi masuk bilik dia dan terangkan cara2 nak isi borang tu. Huh, kerani saje, tapi dok ahu bnde. Awok tu mkn gaji, wak ar kerje. Lepas tu kan, yg buat aku bengang tahap dewa kelapannya, masa aku duduk dekat depan kaunter untk dpatkan cop pengetua, sorang kerani pon x layan aku. Bukannya aku tak panggil, tapi bila aku panggil tu, aku rasa macam aku tengah bercakap dengan pintu! Then, daripada aku tercongok je, aku pun masuklah dekat dalam, mintak tolonglah salah sorang pekerja lelaki kat dalam tu untk dapatkan cop, nasiblah pekerja lelaki tu ok je. Masa aku tengah tunggu pekerja tu dapatkan cop, ad sorang mak cik ni, yg sedari tadi mcm tk nampak aku ttibe suh aku tnggu dekat kaunter sbb tk boleh dduk dalam kawasan pkerja. Masa tu, dalam hati aku laa, aku ckp, "Eh, nmpak pulak aku. Tadi buat2 tk nmpak!" Mmg siyes, bengang giler!!!!!!!!!  Ah! Sumpah, aku malas lagi nk berurusan dgn pejabat!

Ok, lepas pergi pejabat.. AKu pergi PPD untuk isi borang skolah Elit/Premier. Dan, inilah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Pejabat Pelajaran Daerah. Sekejap je la aku ada dekat situ sebab nak isi borang jer. Lepas pergi PPD, aku pergi pejabat pos dan ini jugak adalah kali pertama aku menjejakkan kaki kep pejabat pos Chukai walaupun aku dh duduk kat sini lebih sepuluh tahun. Hahaha. Dalam pejabat pos tu, pertama kali aku beli 'Wang Pos', pertama kali aku beli 'Setem' pertama kali aku pergi 'Pos Surat' . Haa.. Semuanya pertama kali.. 

Urusan pasal sekolah dah selesai. Tapikan, bila dah mohon barulah aku dapat buat keputusan yg aku mmg nk stay dekat SIS. Aku tak nak kemana-mana sekolah lain kecuali SIS. Siyes, aku sayang nak tnggalkan sekolah yg bagaikan neraka pada aku dulu tu. Betul cakap orang, jangan benci, nanti sayang. Nah, itulah yg terjadik pada aku. Mula2, bukan main sumpah seranah dekat sekolah tu, sekarang, bukan main sayang lagi nak tinggal. Hahaha. Huhuhu..
Aku berharap, asrama SMC dah penuh sepenuh2nya. Sama jugak dengan asrama Mak Lagam! Pasal apa nak jadik dekat SIS nnti, aku tak nak pikir banyak. Aku tak nak aku terpaksa tinggalkan kawan2 aku semata2 aku nak jauhkan diri dari H. Kalau betul aku dengan H akan perpisah, biarlah dia yg akan tinggalkan sekolah tu tahun depan. So, aku akan berpisah dengan dia tanpa perlu berpisah dengan kawan2 kesayangan aku. GudBye H!! :)

Keciwa campur Kusut.

Assalamualaikum! :(((


Tadi aku baru je telepon cikgu tnyer sal permohonan sekolah tu. Apa yg bad newsnya? --> Cikgu cakap, mmg da tak boleh mohon dah. Aku dah tak boleh mohon untuk ke mana-mana sekolah kecuali sekolah premier dan elit sahaja.  Oh... so sad keadaan aku sekarang. Yang buat aku makin serabut dan pening, aku hanya da dua plihan je. Sama ada nak stay dekat sekolah lama aku, ataupun masuk sekolah yang aku tak nak masuk. Kalai diikutkan, memanglah aku nak stay kat sekolah lama. Masalahnya, aku tak dibenarkan untuk kesana. Argh! Kalau boleh, aku nak lari daripada daerah Kemaman ini. Tapi kemana???

Kenapalah dia orang ttop awal sngat permohonan tu? Bagilah peluang jugak untuk mohon lepas ambek result. Barulah berkeyakinan sikit pelajar2 yg sama jenis dgn aku ni untuk masuk sekolah yg macam tu lepas tahu keadaan result. Kalau nk diikutkan keputusan trial, rasa macam tak layak je nak masuk sekolah tu. Walaupun aku tahu, ramai yg akan cakap tindakan aku tu tak betul ataupun cara aku pikir tu mcm bangang. Bagi aku, setiap orang ada pendapat masing2.

Ok, lagi satu. Member aku ada cakap, yg kita boleh check balik keputusan PMR tu dgn cara isi borang dekat sekolah. Bila dah dapat tahu, yg aku mmg tk dapat nak mohon mana2 sekolah, aku terus tawar hati nak pergi check result tu. Kalau ini SPM aku mmg laa akan check sbb nk masok U. Tapi setakat PMR ni aku rasa mmbazir duit je. Dah la nak check satu paper tu doploh hengget. I mean, berbaloi ke? Orang akan cakap, " Eh, giler mg xmboh cek? Mane thu kot2 straight A?" Kalau ada orang yg ckp macam ni kat aku, aku akan ckap balik. " Ok, kalau straight A? Aku nak buat apa? Korban lembu? Bukannya aku dapat masuk mana-mana sekolah mcm SBP or MRSM pun. Keadaan still sama. Kalau nk check result tu free, ok aku akan buat. Tapi masalahnya berbayar. Nak tunggu keputusan tu pulak sikit punya lama. Lagi satu, aku bukan tak nak, cuma tawar hati. So, kalau my mom ttap nk suruh aku cek, cek ajelah. Bukan guna duit aku.

Next, my mom dgn my sis, sibuk brcakap pasal result aku dan pasal sekolah aku tahun depan. Nampa gayanya, dia org mmg nak aku pndah sekolah dan masuk sekolah yg lagi hebat laa kononya. Nak sesuai dgn taraf result laa.. Jadi, aku malas nak ambil tahu. Kalau dia orang brsungguh jugak nak aku pndah sekolah, aku tak kan usaha apa2. Sebab aku tahu yg permohonan semua dh ttop. Takkan aku nak pergi melutut merayu pulak kat pengetua sekolah tu atau merayu dekat KPN? Pendek kata, Aku Pasrah! titik! Bagi aku sekarang, apa nak jadik jadiklah!!

Lega aku dapat luah semua sekali! Apa2 pun, masalah ni belum selesai lagi. Haish, nak sekolah pun susah! 

Lantaklah! Salam, Dhiey!

Alhamdulillah!! ^-^

Assalamualaikum! Heeyya!!

Selesai sudah urusan untk hari ni. Erm, kenapa aku letak nombor tujuh kat atas tu?? Alhamdulillah, aku berjaya dapat 7A1B dalam PMR. Walaupun keciwa sikit sbb tk dapat straight, tpi aku brsyukur. Inilah hasil dri apa yg aku usahakan.  Mcm tk percaya pulak yg aku boleh sngkot kt subjek PAI. Bukan aku sorg je, ad lgi mmber2 yg dpat B jgak untk subjek tu. Mngkin sbb sbjek tu aras tinggi laa... Apa2 pun, aku bersyukur sngat2...

Ok, stop pasal result. Dgn kputusan tu, aku diminta untk tukar sekolah. Dan sekarang ni aku sedang berbolak-balik. Kemanakan harus ku tuju? Kalau ad geng, aku mmg tk kisah sngat.. Tpi berkmungkinan besar aku akn keseorgan. Itu yg aku tk snggop tuh. Ya.. Itu je masalah aku. Aku jadik berat nk pndah skolah sbb aku tkot tkde geng. Agak payah nak ssuaikan diri dgn tmpat baru bila keseorangan. Ya Allah, tolong laa...

Bercakap pasal sekolah, aku berat hati nak tinggalkan my old school. Aku dah tiga tahun jdik pnghuni dkat sekolah tu, semestinya aku dah kutip bnyak kenangan, pengajaran, suka duka dan segalanya dekat sekolah tu. Kalau aku pindah sekolah, aku bukan setakat berpisah dgn keluarga aku yg dekat rumah.. Tapi aku akan berpisah dgn keluarga besar aku --> 3Cemerai.. Atas sbb2 trtntu, aku nk tnggalkan sekolah tu dan mulakan sebuah hidup yg betul2 baru. Aku nak mulakan bab kehidupan aku tnpa perlu 'dia' mnjadi wataknya lagi... 

Argh... beratnya semua ni!! Ya Allah, ringankanlah!!

Ok, tk ad mood nk post pnjang2. Kepalaku kusut. Btw, episod ni masih belum habis.. Nntikan sambungannya esok! ^^


19.12.12--->CUAK!

Assalamualaikum. Holla!
Nervous3x!!!

http://matcuoi.com


Aku dan manusia2 yg dilahirkan pada tahun 1997 sekarang sedang menunggu hari di mana, keputusan Peperiksaan Menengah Rendah a.k.a PMR akan keluar pada hari Rabu nih. Aku memang seorang penipu kalau aku cakap aku langsung tak berdebar.  Sekarang ni perasaan dah bercampur baur.. Gelisah, risau, teruja, bimbang dan sebagainya..

Ari ni dah Ahad, bermakna ada dua hari je lagi. Oh, aku excited plus cuak... Dalam bulan doblas thun ni, ada dua tarikh yg aku tkkan lupa.. Iaitu, 13.12.12 dan 19.12.12. Yg pasal 13 haribulan tu opkos la pasal bola ari tu. Aku takkan lupa tarikh tersebut. Selagi aku tak hilang ingatan, selagi tulah aku takkan lupa. *saya peminat fanatik HM*

Mula2 aku tak kisah sangat pasal result ni. Tapi, lepas balik kampung sedare2 sume dah berbunyik pasal result. Dan macam biasa, bnyaklah tawaran yg diberi kalau dapat A. Itu yg buatkan aku bertambah cuak. Kalau boleh, aku tak nak siapa2 pun tahu result aku. Tak kisahlah, sama ada cemerlang atau tak cemerlang. Yang buat aku tak berapa nk selesa, bila orang tanya, 'agak2 dapat berapa?' Oh, aku memang tak tahu nak jawab macam mana. Takkan nak jawab no komen pulak kan...??

Tak sangka, result keluar secepat ni. Mula2, cikgu2 cakap 26..Memang lambat sangat. Tup2, 19 aribulan. Jauh giler dari tarikh yg mula2 .. Tapi bagus jugak, sebab aku memang tak sabar nak tnggu result keluar supaya, aku dapat fikir dan rancang, di manakah aku tahun depan. Bila tak tahu result, nak cakap pasal sekolah pun macam terumbang-ambing. Bila dah ada keputusan periksa, barulah senang nak buat perancangan. Kepada sesiapa yg baca, tolong doakan agar keputusan saya dan semua calon PMR di seluruh Malaysia, cemerlang dan sukses! Amin!

Dari jemari yg mulai sejuk, D.


Saya Sayang HARIMAU MALAYA!!!


Assalamualaikum.. Salam sedih untuk semua penyokong Harimau Malaya 


http://matcuoi.com Hari ni mungin satu Malaysia sedih bila team kita kalah. Bukan itu je yg buat kita org sedih, tapi reff yg berat sebelah buat kita org mmg kecewa sngt2. Semua pemain dh cuba sngguh2, dah main dgn baik, tapi keadaan reff pulak yg memungkinkan player hilang smngat nak main. Sudahnya, Malaysia kalah 2-0 ke tangan Thailand yg main kotor. Dekat twitter, mmg bersepah org sumpah seranah reff. Kalau ikutkan aku pun nk sumpah seranah jugak, tapi.. tak baiklah...

Setengah jam sebelum bola stat, memang aku dah tunggu depan tv. Smangat weyh nak tengok dgn harapan nk pasukan kebangsaan menang. Mula2 game aje Thailand dah asyik serang dn pengadil berat sebelah. Mula2 game, pemain pertahanan Malaysia, yg merupakan pemain feberet aku jugak, kena kad kuning. Belum habis masa pertama, dia dah kena kad kuning kedua sekaligus dapat kad merah dan kena buang padang. Untuk kad kuning kedua, memang menjadi tanda tanya sangat, sebab bukan player kita yg buat salah tapi player kita yg kena layang kad. Akhirnya, Malaysia trpksa bermain sepuluh orang je bila Fadhli Shas kena buang padang. Masa tu memang aku nak menangis sangat2 bila tengok muka Pali yg jelas sedih dan sebak gila. Mana taknya, tak buat salah tiba2 kena buang padang. Kalau korang tengok bola masa tu, memang korang pun sebak tengok muka Fadhli Shas. Dia tu dikategorikan pemain pertahanan yg kental. Banyangkan bila dia tak ada, memang goyahlah pertahanan kita.

FADHLI SHAS. SALUTE YOU!


Malam ni, satu pujian yg teramat2 tinggi boleh diberikan kepada Farizal Marlias. Dia memang terbaik malam ni walaupun dah dua gol bolos. Ada satu situasi tu, dia rela mukanya ditendang semata-mata tak nak lepaskan bola yg ada dalam pelukan dia. Sebab tu aku tahu yg player kita mmg sungguh2 main malam ni dn memang sebak sangat2 bila tengok semua muka player hampa sbb kalah. Kecewa plus geram sebab reff berat sebelah. Nak menangis , tapi tak ada air mata pulak...

FARIZAL MARLIAS. YOU TRY YOUR BEST BRO!!


Walaupun Malaysia tak layak nak pergi final dan memang takkan dapat jadik juara, bagi aku.. dia orang tetap juara dalam hati Ultras Malaya. Aku kecewa sbb dia orang kalah, tapi aku tak kecewa dgn cara dia orang bermain. Aku yg tak duduk atas padang mmg boleh komen mcm2, tapi aku tahu dia org bertungkus-lumus nak carik gol atas padang yg macam sawah padi tu. Dia orang teraniaya dan insyaAllah dia orang juara tahun depan!

Aku ingat lagi masa final AFF tahun lepas. Itulah pertama kali aku tengok bola 90 minit lebih  tanpa bergerak daripada depan TV. Masa tu, aku ingat lagi yg jari aku mmg tk henti2 mngigil bila tengok bola. Tapi berbaloi sbb team kita menang. Lepas menang tu, dua hari senyum aku tak surut2. Memang seronok yg teramat sangat. Dan,bila kalah ni, memang kecewalah. Tapi... tahun depan ada lagi. Dan... aku sayang pasukan kebangsaan aku! Saya sayang Harimau Malaya!!!

http://matcuoi.com    selamanya HARIMAU MALAYA!!!

SAYA MENYORAK BILA MENANG, DAN SAYA AKAN TETAP SOKONG WALAUPUN PASUKAN SAYA KALAH!!!!

G.E.N.T.L.E.M.A.N


Assalamualaikum! Holla! 

Hari ni aku mengupdate blog dalam suasana yg lain. Coz, I'm not at my home. Tak kisahlah tu, asalkan tempat tu masih ada talian internet. Kalau ada, hiduplah aku. Hahaha!

Talking about man, aku terfikir dan teringat yg aku tak pernah ada pun kawan lelaki. Bukan boyfriend atau pakwe okay! Aku pun tak naklah ada seorang lelaki yg berpangkat begitu. Ok, yg aku maksudkan adalah seorang kawan biasa yg berjantina lelaki. Pendek kata, aku tak ada pun seorang lelaki yg rapat dgn aku sebagaimana aku rapat dengan kawan2 pompuan aku. 

Berbanding lelaki dan perempuan, aku lebih selesa bergaul dengan kaum Adam tersebut. Sebabnya, bila dgn orang lelaki ni, dia orang tk pndai nak terasa hati, tak pandai nak mengajuk, tak pandai nak sedih2.. Pendek kata, dia orang ni mmg berbezalah dgn kaum Hawakan?? Sebab tulah aku senang nak bergaul dgn dia orang. Nak bercakap, nak kutuk2.. bebas. Dia org takkan nak merajuk dgn member2, ye tak? Macam perempuanlah kalau main ngajuk2 nih..

Bagi aku, seorang lelaki yg bergelar kawan, perwatakannya akan lain. Seorang lelaki yg bergelar kekasih, lain pulak caranya. Menarik bila kenal dgn orang lelaki ni. Seorang lelaki, lebih senang nak dibawak berbincnag berbanding dgn perempuan yg mmg dikenali sbg kaum yg banyak mulut. Lelaki pulak lebih cool, rilek, tk mudah gelabah dan sempoi. Aku tahu semua ni berdasarkan pemerhatian akulah. Lelaki, bila dgn makwe, dia akan jadik lembik lembut dan baik jer. Depan makwelah katakan... Tapi, bila depan member, tak kisahlah sama ada mmber dia tu lelaki ke, perempuan ke, perwatakannya sama. Sebab tu aku tak berminat nak ada pakwe dalam umur yg macam ni. Dalam umur yg macam ni, semua budak lelaki sama sahaja. Bila dah dewasa, baru dia akan lain sikit.

Sebagai seorang yg pernah menulis, aku perasan satu benda. Dalam kebanyakkan... Bukan kebanyakkanlah, hampir kesemua cerita yg aku tulis, watak utamanya mesti lelaki. Aku susah nak mendalami atau nak wujudkan satu watak perempuan. Terutamanya kalau watak perempuan tu jenis yg lembut2 dan ala2 gadis melayu terakhir. Mesti aku fail punya nak wujudkan watak tu. Kalau ada watak perempuan yg aku buat pun, perempuan tu mesti ganas, tomboy dan sewaktu dgnnya. Aku susah nak masuk dengan jiwa2 perempuan ni. Cara pemikiran aku kebanyakkannya menjurus kepada lelaki. Tapi, I'm still a girl *walaupun ganas sikit*. Aku sedar fitrah aku dan tak pernah cuba untuk jadi lelaki pun. :)

Apa2 pun, kawan lelaki ke perempuan ke, itu semua bergantung kepada diri kita jugak. Kalau kita okey dengan dia, boleh aje nak dijadikkan kawan sampai mati. Tapi, aku tetap berharap, pada waktu sekarang ni, aku nak jumpa seorang budak lelaki yg lain daripada yg lain. Aku nak listkan jugak ciri2nya, tapi tak berdaya dan susah nak dijelaskan. Apa yg pasti, aku berharap aku nak dapatkan seorang lelaki yg boleh dijadikan kawan ataupun seorang lelaki yg memang ikhlas nak berkawan atau seorang lelaki yg tak pernah berfikiran untuk berkapel di masa2 sekolah ni.

*Agak-agaknya, wujudkah lelaki seperti itu? Wujudkan yg jenis lain daripada yg lain??*







12.12.12


Assalamualaikum! Holla!

Hari ni dekat FB org ramai sibuk bercakap pasal esok. 12 haribulan 12 dua ribu 12. Tarikh lawalah kononya. Nasib baik esok rabu, jadi tak ramailah kot org yang buat kenduri kahwin. Aku peliklah, tarikh je kot, buat apa nk kepoh sangat. Terutamanya bagi org yang nak kahwin, mesti nak pilih 11.11.11, 10.10.10 dan 12.12.12 dan lain2 la... Bukan setakat nak kahwin jer, zaman sekarang ni, nak beranak pun nak pilih tarikh jugak. Perlu ke? I mean, helllooo... nak apa dengan tarikh tu? Nombor bertuah? Atau nak senang ingat? Sampai bila nak dikenang sangat tarikh2 tu?  Lantaklah, lain orang lain stail, lain orang lainlah cara pikirnya, ye tak?

Sementara orang ramai sibuk sangat dengan esok, aku pulak teruja nak tunggu lusa. 13.12.12. Sebab apa?? Hey, Harimau Malaya akan berlawan dgn Gajah Putih. Sebagai peminat fanatik Harimau Malaya, dah semestinya, dan wajib! Aku kena tengok game tu. Mintak2 team kita menang dah boleh masuk final. Bukan setakat final je, mintak2 jadik juaralah jugak.. *amin*

Hai, bercakap pasal esok ni jugaklah buat aku remind something. Esok my dad cuti, so dia berhasrat nak balik kampung. Menarik jugak sebab aku pun tak lama gila babeng terperap dalam rumah tak keluar2. Serius, memang tak best ler.. Tapi, bercakap pasal nak balik kampung ni buat aku macam tak ada mood pulak. Rasa macam malas walaupun mmg aku nak keluar dari istana batu ni. 

Ah! I got it. Aku malas nak balik kampung sebab aku malas nak duduk dalam suasana yg ramai orang. Yes! Itulah jawapannya. I need time to be alone. Tapi aku tahu, impian aku tu takkan jadi kenyataan. Sob...sob.. kesian aku... Talking about alone, aku terpikir pulak pasal sekolah. Hari berganti hari, cuti pun makin sikitlah. Dan hari persekolahan nak dibuka makin hampir. Tapi aku masih tergantung dan tertanya2 dimanakah aku tahun depan? Di SIS lagikah? Atau disekolah lainkah? Iyakah??

 Bila ada orang stat tanya aku pasal ni, jawapan aku. " Tengok resultlah."
Sekarang ni memang aku tak sabar nak tunggu result dikeluarkan. Bukan nak berlagak, aku cuma nak tahu apakah keputusan PMR aku supaya aku boleh buat keputusan dekat mana aku nak seklolah tahun depan. Kalau cemerlang, memang aku akan disuruh masuk MRSM, atau sekolah sains. Kalau tak, mungkin aku akan kekal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail atau di sekolah baru iaitu Sekolah Menengah Bukit Kuang. Everything make me buntu! Jadi, tunggu jelah bila dan ketikanya keputusan akan dikeluarkan bagi menjawab semua tanda tanya ini.

Bercakap pulak pasal result, tarikhnya pun masih belum pasti. Ada yang cakap 19,20, 26, dan lain2. Yang mana satu nak percaya pun aku tak tahu. Bagi aku, lagi cepat lagi bagus. Tak lama lagi nak naik new year dan tak lama lagi jugak birthday aku. Urm, I'm gonna be sixteen. Dah dewasa ke tu? Hahaha, macam tak percaya yang aku bakal habiskan zaman persekolahan aku. Dua tahun dari sekarang, aku 18 dan mungkin aku bukan bergelar pelajar sekolah lagi.Hmm... tak ada yg kekal dalam dunia ni?

Betul semua??? :) 
Sekian, selamat malam!