Bismillahirahmannirrahim...

Ya Allah, terima kasih atas segala nikmatmu. Permudahkanlah segala urusanku.. Amin..

Keciwa campur Kusut.

Assalamualaikum! :(((


Tadi aku baru je telepon cikgu tnyer sal permohonan sekolah tu. Apa yg bad newsnya? --> Cikgu cakap, mmg da tak boleh mohon dah. Aku dah tak boleh mohon untuk ke mana-mana sekolah kecuali sekolah premier dan elit sahaja.  Oh... so sad keadaan aku sekarang. Yang buat aku makin serabut dan pening, aku hanya da dua plihan je. Sama ada nak stay dekat sekolah lama aku, ataupun masuk sekolah yang aku tak nak masuk. Kalai diikutkan, memanglah aku nak stay kat sekolah lama. Masalahnya, aku tak dibenarkan untuk kesana. Argh! Kalau boleh, aku nak lari daripada daerah Kemaman ini. Tapi kemana???

Kenapalah dia orang ttop awal sngat permohonan tu? Bagilah peluang jugak untuk mohon lepas ambek result. Barulah berkeyakinan sikit pelajar2 yg sama jenis dgn aku ni untuk masuk sekolah yg macam tu lepas tahu keadaan result. Kalau nk diikutkan keputusan trial, rasa macam tak layak je nak masuk sekolah tu. Walaupun aku tahu, ramai yg akan cakap tindakan aku tu tak betul ataupun cara aku pikir tu mcm bangang. Bagi aku, setiap orang ada pendapat masing2.

Ok, lagi satu. Member aku ada cakap, yg kita boleh check balik keputusan PMR tu dgn cara isi borang dekat sekolah. Bila dah dapat tahu, yg aku mmg tk dapat nak mohon mana2 sekolah, aku terus tawar hati nak pergi check result tu. Kalau ini SPM aku mmg laa akan check sbb nk masok U. Tapi setakat PMR ni aku rasa mmbazir duit je. Dah la nak check satu paper tu doploh hengget. I mean, berbaloi ke? Orang akan cakap, " Eh, giler mg xmboh cek? Mane thu kot2 straight A?" Kalau ada orang yg ckp macam ni kat aku, aku akan ckap balik. " Ok, kalau straight A? Aku nak buat apa? Korban lembu? Bukannya aku dapat masuk mana-mana sekolah mcm SBP or MRSM pun. Keadaan still sama. Kalau nk check result tu free, ok aku akan buat. Tapi masalahnya berbayar. Nak tunggu keputusan tu pulak sikit punya lama. Lagi satu, aku bukan tak nak, cuma tawar hati. So, kalau my mom ttap nk suruh aku cek, cek ajelah. Bukan guna duit aku.

Next, my mom dgn my sis, sibuk brcakap pasal result aku dan pasal sekolah aku tahun depan. Nampa gayanya, dia org mmg nak aku pndah sekolah dan masuk sekolah yg lagi hebat laa kononya. Nak sesuai dgn taraf result laa.. Jadi, aku malas nak ambil tahu. Kalau dia orang brsungguh jugak nak aku pndah sekolah, aku tak kan usaha apa2. Sebab aku tahu yg permohonan semua dh ttop. Takkan aku nak pergi melutut merayu pulak kat pengetua sekolah tu atau merayu dekat KPN? Pendek kata, Aku Pasrah! titik! Bagi aku sekarang, apa nak jadik jadiklah!!

Lega aku dapat luah semua sekali! Apa2 pun, masalah ni belum selesai lagi. Haish, nak sekolah pun susah! 

Lantaklah! Salam, Dhiey!